F Penerbit Filem Pak Pong meninggal dunia | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Berita Terkini
recent

Penerbit Filem Pak Pong meninggal dunia

Penerbit filem Pak Pong, Raja Mohammad Mohd Ismail meninggal dunia di rumah ibunya di Villa Suria, Warisan Puteri Sikamat ketika solat Jumaat tadi.

Abang sulung Allahyarham, Mohd Yassin ketika dihubungi berkata, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 1.40 petang di samping ibu dan dua anak perempuannya.

“Pagi tadi keadaannya biasa sahaja dan sempat berbual dengan kami sekeluarga. Cuma keadaannya memang sudah kritikal sebelum ini.

“Kami reda dan saya memohon supaya semua mendoakan arwah adik saya pergi dengan tenang dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman, di hari yang penuh barakah ini,” katanya.
Allahyarham Raja Mohammad disahkan menghidap penyakit kanser kulit tahap empat sejak Februari lalu selepas mengadu sering mengalami sakit badan.

Beberapa hari sebelum Hari Raya Aidilfitri, penerbit filem itu dibenarkan keluar dari Hospital Tuanku Jafar Seremban (HTJS) selepas selesai menjalani pembedahan usus dan sejak itu keadaan kesihatannya tidak lagi menentu.

Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Makam Tuan Haji Said di Sikamat petang ini.
ot;1" />
Powered by Blogger.