Berita Terkini
recent

Penduduk selamatkan kambing daripada dimakan ular

Tindakan pantas penduduk berjaya menyelamatkan seekor kambing dari menjadi mangsa ular sawa di sini, hari ini.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Jeli, Ahmad Suhaizi Ahmad Suhaimi berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian kira- kira jam 1.12 petang.

"Tiga anggota dan satu jentera digerakkan ke tempat kejadian setelah menerima laporan mengenainya.

"Sebaik tiba di lokasi kita dapati ular tersebut cedera teruk di kepala dipercayai dipukul penduduk kampung untuk menyelamatkan seekor kambing yang hampir menjadi mangsa reptilia berkenaan," katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, ular berkenaan akan diserahkan kepada Jabatan Perhilitan Jeli sekiranya masih hidup.

Difahamkan ular berkenaan seberat 120 kilogram dengan panjang 20 kaki.

Tular mengenai kejadian berkenaan mula tersebar petang tadi dan mendapat ribuan like daripada netizen.
ot;1" />
Powered by Blogger.