Berita Terkini
recent

Penduduk berang bunyi bising konvoi motosikal

Bunyi bising konvoi motosikal dan mercun telah ‘meriuhkan’ sebuah majlis perkahwinan apabila berlaku pergaduhan membabitkan dua kumpulan.

Kejadian berlaku kira-kira jam 1 petang di Dewan Pusat Komuniti Taman Melati, Gombak, Sabtu lalu, dipercayai membabitkan penduduk kawasan sekitar dan pihak pengantin lelaki.

Timbalan Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Deputi Superintenden Ramli Kasa berkata, punca pergaduhan disebabkan rombongan konvoi bermotosikal tersebut yang membuat bising ketika ketibaan pengantin selain bunyi letupan mercun.

Menurutnya, bunyi bising itu telah menimbulkan rasa tidak selesa penduduk sekitar.

“Rasa tidak puas hati itu menyebabkan rombongan tersebut diserang penduduk.

“Kejadian ini telah menyebabkan gerai berhampiran dan pintu dewan mengalami kerosakan. Sebuah kereta juga turut terkena tempias dalam insiden berkenaan,” katanya.

Beliau berkata, polis masih menjalankan siasatan berhubung insiden terbabit.

Katanya, pihaknya masih mengesan dua kumpulan terbabit dan kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh.

Rakaman pergaduhan berdurasi 1 minit 38 saat itu telah tular di laman sosial dan telah menerima pelbagai reaksi daripada netizen.

Video tersebut menunjukkan beberapa individu yang menendang dan merosakkan motosikal selain terdapat mereka yang bersenjatakan parang.
Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.