Berita Terkini
recent

Peminat Sanggup Berpanas Demin Donghae

SALAH seorang ahli Super Junior iaitu Donghae sudah menamatkan latihan tentera di balai polis Seoul Metropolitan pada 14 Julai lalu.

Pada hari tersebut, ramai peminat Donghae menunggu kepulangan selebriti kesayangan mereka di hadapan balai.

Menerusi laman Instagram, Donghae memuat naik foto dengan menulis kapsyen mengucapkan terima kasih kepada peminatnya yang sanggup datang dan menunggunya.

"Saya tidak boleh tidur selepas mendengar ada peminat yang sanggup menunggu saya beberapa hari depan balai Seoul Metropilitan dalam keadaan panas.

"Sudah semestinya saya risau dengan kesihatan mereka dan bimbang kamu semua tidak dapat makan dengan baik ketika itu," tulis Donghae.

Donghae berkata dia sangat terharu melihat peminat yang datang dari jauh ke Korea semata-mata untuk bertemu dengannya.

"Mulai sekarang, saya akan bersama anda semua setiap masa," katanya.

Penyanyi tersebut akan mengadakan majlis bertemu peminat pada minggu hadapan bersama ahli kumpulannya, Eunhyuk yang juga baru tamat latihan tentera pada 12 Julai.


Powered by Blogger.