Berita Terkini
recent

Peminat Diserang Sawan Bertemu Blackpink

HASRAT kumpulan Blackpink untuk bertemu penyokong mereka bertukar tragedi apabila salah seorang peminat diserang penyakit sawan.

Koreaboo melaporkan ketika kejadian Blackpink baharu sahaja muncul di pentas utama sebelum seorang wanita tiba-tiba rebah dan sawan.

Kesemua anggota kumpulan itu terkejut dengan kejadian itu namun berjaya menenangkan diri sebelum meminta hadirin yang lain memberi ruang kepada wanita itu.


Blackpink kemudiannya meninggalkan pentas utama untuk meredakan keadaan dan pihak perubatan tampil memberi bantuan kecemasan kepada mangsa.

Bagaimanapun Blackpink kembali ke pentas untuk meneruskan acara bertemu peminat selepas keadaan kembali terkawal.

Ia adalah majlis bertemu peminat pertama yang diadakan oleh kumpulan itu sejak bergelar artis.


Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.