Berita Terkini
recent

Pemimpin Umno hadir rumah terbuka Pakatan Harapan

Pakatan Harapan memuji sikap terbuka Adun Bayu, Datuk Azmi Che Husain yang sudi memenuhi undangan Rumah Terbuka Aidilfitri Pakatan Harapan Kedah di Tapak Pasar Malam Simpang Tiga Jerai, Dun Kupang, hari ini.

Ketua PKR Cabang Baling, Razaini Md Isa berkata, pujian itu disebabkan pemimpin Umno itu yang juga Timbalan Speaker Dun Kedah sanggup ketepikan perbezaan fahaman politik dan turun padang beramah mesra bersama pimpinan pembangkang.

"Azmi sangat bersikap terbuka dan ketepikan fahaman politik sempit yang diamalkan kebanyakan pemimpin Umno dan  BN selama ini.

"Kami memuji sikap muhibbah yang ditunjukkan beliau kerana sudi hadir ke rumah terbuka Aidilfitri Pakatan Harapan Kedah walaupun berlainan parti," katanya.

Menurutnya, Azmi juga dipelawa untuk bersama Pakatan Harapan dalam meneruskan perjuangan politiknya dan meninggalkan Umno seandainya tidak lagi serasi.

"Kita memahami apa yang berlaku dalam politik dalaman Umno khususnya di Baling.

"Jika benar berlaku perpecahan dalam Umno, Azmi dijemput bersama kami bagi meneruskan perjuangan untuk rakyat,"katanya.
Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.