F Pemandu bas meninggal dunia ketika tidur | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Berita Terkini
recent

Pemandu bas meninggal dunia ketika tidur

Seramai 38 penumpang dan seorang pemandu kedua sebuah bas ekspres melahirkan rasa syukur kerana bas dinaiki mereka tidak dipandu pemandu bas utama yang ditemukan meninggal dunia ketika berehat di dalam bas tersebut ketika dalam perjalanan dari Merapuh, Pahang ke Besut pagi semalam.

Mangsa Ahmad Adam, 55, dari  Kampung Pengkalan Haji Ali, Beris Kubur Besar, Kelantan ditemukan mati oleh rakannya yang merupakan pemandu kedua ketika bas yang dipandunya tiba di depo bas ekpres berkenaan di sini kira-kira jam 6.15 pagi.

Sebelum itu Ahmad yang merupakan pemandu pertama, memandu bas ekspres tersebut dari Klang, Selangor sebelum tugas memandu diambil alih oleh pemandu kedua ketika bas berhenti rehat di Hentian Rawat dan Rehat (R&R) Merapuh, Pahang.

Difahamkan mangsa tidur di kerusi dikhas untuk pemandu di bahagian belakang kerusi pemandu bas dan tidak ada sesiapa menyedari mangsa meninggal dunia sehingga bas tiba di depo.

“Bas tertolak dari Klang jam 8 malam hari Jumaat dan tiba di R&R Merapuh kira-kira 1 pagi. Kira-kira 45 minit kemudian pemandu kedua mengambil alih tugas memandu bas tersebut untuk meneruskan perjalanan ke Kuala Besut manakala mangsa berehat dan tidur.

“Sebaik tiba di tempat menyimpan bas di Pengkalan Nyireh, rakan mangsa telah mengejutkannya tetapi mangsa tidak sedarkan diri dan dia mengesyaki mangsa telah meninggal dunia.
ot;1" />
Powered by Blogger.