F Peluang bertemu Bunga Citra Lestari, Aura Kasih | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Berita Terkini
recent

Peluang bertemu Bunga Citra Lestari, Aura Kasih

DUA pelakon ternama Indonesia, Bunga Citra Lestari & Aura Kasih bakal berada di Kuala Lumpur untuk promosi filem terbaru mereka Surat Kecil Untuk Tuhan. Pelbagai pelan promosi sudah dijadualkan semasa mereka berada di sini.

Peminat pelakon Bunga Citra Lestari dan Aura Kasih berpeluang mendekati pelakon idola mereka sempena tayangan istimewa yang telah mula dijual.

Mereka akan berada di GSC Mid Valley pada hari Rabu, 26 Julai pukul 9 malam dan di TGV Wangsa Walk pada Khamis, 27 Julai, 9 malam. Dapatkan tiket anda sementara masih ada.


Filem Surat Kecil Untuk Tuhan mengisahkan dua beradik jalanan Anton dan Angel yang terpisah. 15 tahun kemudian Angel yang sudah menetap di Australia kembali semula ke Indonesia untuk mencari abangnya Anton.


Tayangan umum filem ini akan bermula pada 3 Ogos di pawagam yang terpilih.


ot;1" />
Powered by Blogger.