F Pelakon Thai bertandang di ibu kota | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Berita Terkini
recent

Pelakon Thai bertandang di ibu kota

Barisan pelakon utama drama bersiri popular Thailand, Princess Hours bakal bertemu peminat mereka di Kuala Lumpur, Ahad ini.

Pertemuan istimewa yang bakal berlangsung di pusat beli-belah Sunway Pyramid itu bersempena tayangan perdana siri adaptasi drama Korea Selatan berjudul Goong.

Pelakon yang hadir ialah Tao Sattaphong Phiangphor, Pattie Ungsumalynn Sirapatsakmetha, Phan Stephane Saisean Pagniez dan Bebe Thanchanok Ritnaka.

Drama bersiri menampilkan Pattie dan masing-masing sebagai puteri dan putera kini boleh disaksikan di portal Dimsum, hari ini.

Mengekalkan keaslian karya asal, Princess Hours versi Th ailand ini menampilkan sisi penceritaan dan lakon layar yang lebih segar.

Namun, negara yang dipaparkan dalam siri ini bukan Thailand dan produksi menciptakan negara fiksyen diberikan nama Bhutin.

Manakala watak puteri, Kah Ning bercita-cita menceburi bidang kesenian.

Selain itu, teman wanita Putera Indra pula ditampilkan sebagai atlet memanah.

Drama ini menyelongkar kisah percintaan di antara putera dan gadis biasa dalam suasana kawalan istana diraja yang cukup ketat.

Putera Indra dan Kah Ning dipaksa berkahwin akibat perjanjian awal yang dibuat oleh nenek mereka.

Namun sebelum itu, Putera Indra sudah pun melamar teman wanita berstatus selebriti, Minnie untuk mengahwininya namun ditolak dengan alasan ingin mencapai impiannya dulu.

Pattie ialah pelakon yang semakin meningkat di Thailand dan pernah membintangi beberapa karya antaranya Hormones, Bangkok Traffic Love Story, Th e Bedside Detective dan Seven Something.

Tao pula pelakon dan penyanyi popular Thailand yang juga finalis Akademi Fantasia musim kelapan.

Drama bersiri Princess Hours adalah kemunculan pertama pelakon muda berusia 27 tahun ini sebagai hero.

Dia pernah membintangi drama siri popular I Wanna Be a Superstar dan Kiss Me sebagai watak sampingan.

Jangan lupa saksikan pelakon Princess Hours di Sunway Pyramid pada Ahad ini, jam 3 petang.

Selain berkongsi kisah mereka kepada Tao, Pattie, Phan dan Bebe juga akan mengadakan aktiviti dan permainan bersama peminat.

Bukan itu saja, parti tayangan eksklusif di Hotel Capri by Fraser Kuala Lumpur, akan diadakan Malaysia Sabtu ini, jam 8 malam.

Maklumat lanjut mengenai jelajah Princess Hours boleh mengikuti laman rasmi Facebook Dimsum.
ot;1" />
Powered by Blogger.