Berita Terkini
recent

Pelakon 'Home Alone' meninggal dunia

PELAKON filem 'Home Alone' dan 'Big Fame', John Heard meninggal dunia pada usia 71 tahun di sebuah bilik hotel di Palo Ato, California, Jumaat lalu lapor E News!

Pejabat koroner, Santa Clara mengesahkan perkara tersebut.

"Berdasarkan autopsi yang dilakukan pagi Sabtu, pemeriksa perubatan mendapati  tiada bukti 'foul play' dijumpai," katanya dalam satu kenyataan.

Heard menginap hotel tersebut  kerana masih dalam proses pemulihan daripada satu pembedahan. Punca kematiannya masih lagi di dalam siasatan.

Beliau mula dikenali melalui watak ayah kepada karakter Macaulay Culkin di dalam dua filem 'Home Alone', dia juga turut berlakon dalam filem Cutter dan The Beaches.

Heard, meninggalkan dua orang anak iaitu Jack dan Annika manakala anaknya, Max meninggal dunia pada 22 Disember lalu.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.