F Pasang strategi kekal relevan | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Berita Terkini
recent

Pasang strategi kekal relevan

HUJUNG minggu lalu dengan hashtag #flyhotkoolrayalombok, tiga penyampai radio di bawah Rangkaian Radio Media Prima (RRMP) iaitu Muhammad Azmir Selamat (AG), Mohamad Hanaffi Razak (Ajak) dan Syed Naguib Al Sagof (Guibo) dibawa terbang ke Lombok untuk menyertai trip bersama pihak media.

Turut sama dalam trip tiga hari dua malam ini adalah Ketua Pegawai Eksekutif RRMP, Seelan Paul dan Pengurus Besar Kumpulan RRMP, Anida Mohd Tahrim.

Objektif trip ini adalah untuk mengeratkan silaturahim antara pihak pengurusan, penyampai bersama media di samping berkongsi kempen semasa yang sedang dijalankan oleh ketiga-tiga stesen di bawah pengurusan RRMP ini.

Program yang dijadual berakhir pada 25 Ogos nanti akan menemui pendengar dengan pelbagai pengisian dan kempen menarik.

Menurut Seelan, prestasi radio secara keseluruhan adalah sangat baik namun tetap akan ada penambahbaikan.

Antaranya adalah fokus pada pendengar yang masih lagi mendengar radio secara tradisional dan pendengar yang menggunakan platform digital.

“Oleh itu, kami namakan dua gabungan ini sebagai ‘Tradigital’ yang diperkenalkan pada lalu. Kami akan gunakan semua medium yang ada untuk mendekati pendengar.


“Jadi, selain berceloteh secara tradisional, setiap penyampai juga perlu aktif di media sosial kerana dengan cara inilah boleh menjadikan mereka kekal relevan.

“Setakat ini maklum balas daripada pengiklan juga sangat baik dan menerima idea ‘Tradigital’ ini,” jelas Seelan.

Tambahnya, cita rasa pendengar sudah pelbagai, teknologi berubah dengan cepat, dan ini turut memberi kesan kepada gaya hidup masyarakat kini.

“Justeru, kita kena berubah dan ikut perkembangan semasa ini dengan cepat supaya tidak ketinggalan. Oleh itu, kami turut perkenalkan aplikasi terbaru, Ais kacang untuk memberi lebih pilihan kepada pendengar,” terangnya lagi.

AG, Ajak, Guibo sokong 'Tradigita l'

Pendapat Seelan ini turut disokong AG, Ajak dan Guibo.

AG yang mengibaratkan dirinya 'dilahirkan' di konti radio kerana tahun ini genap 17 tahun di dalam bidang penyiaran radio.

"Saya telah melalui tiga zaman iaitu zaman suara base, zaman seangkatan dengan penyampai yang popular iaitu Fara Fauzana dan Faizal Ismail dan ketiga zaman lawak menghiburkan orang walaupun saya bukanlah pelawak.

"Dan zaman yang sedang saya lalui sekarang ini adalah zaman digital dalam usia saya 37 tahun. Bersama dengan Kool bergandingan dengan Haiza, kami cepat dapat chemistry.

Awal-awal lagi saya dah beritahu Haiza yang kita kena open, sedia ditegur. Alhamdulillah, kami berjaya laksanakannya.

Sementara itu, Ajak yang memasuki tahun kedua bersama Hot FM berkata, dia amat berterima kasih kepada pihak pengurusan kerana memberi panduan agar terus relevan sebagai penyampai radio masa kini.

Katanya, tunjuk ajar rakan-rakan memberinya peluang kekal hingga kini dan tahu tanggungjawab yang perlu dilakukan.

“Pendengar berbeza. Nak berlawak pun bukan lawak kosong, merapu, kena selit fakta supaya bukan gelak semata-mata. Saya suka baca komen mereka sebab dari situ boleh tahu apa yang orang suka dan tidak suka.

Mungkin dari situ juga dapat idea baru dan topik yang relevan dengan masa kini," jelas Ajak.

Bagi penyampai radio berbahasa Inggeris Fly FM, Guibo, dia bersedia memberi komitmen penuh terhadap tugasnya kini. dan bukan masalah untuk kemas kini di media sosial.

Katanya, jika diundang sebagai Syed Naguib, dia akan jadi Syed Naguib, Namun jika diundang sebagai Guibo maka dia akan memperkenalkan dirinya; "Hi, I'm Guibo from Fly FM".
ot;1" />
Powered by Blogger.