F Parodi Lagu Datuk Vida Jadi ‘Ayam Mee’ | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Berita Terkini
recent

Parodi Lagu Datuk Vida Jadi ‘Ayam Mee’


Meskipun menerima banyak komen sama ada positif dan negatif, namun lagu nyanyian jutawan kosmetik, Datuk Seri Vida yang berjudul ‘I Am Me‘ ternyata menjadi viral dan siulan ramai.

Rata-rata nya suka mendengar melodi lagunya yang catchy dan ditambah dengan telatah Datuk Seri Vida yang mencuit hati.

Boleh dikatakan hampir semua platform media sosial, ada sahaja pengguna yang akan berkongsi klip video lirik lagu berkenaan.

Bagaimanapun, ramai juga yang dengar sebutan ‘I Am Me’ seperti Ayam Mee dan bagi penggiat video parodi, nyanyian Datuk Vida menjadi bahan terbaru untuk menghasilkan video parodi mereka.
Terbaru, video parodi yang dilakonkan semula oleh Jihan dengan Bell Ngasri menarik perhatian ramai netizen yang rata-ratanya pecah perut dengan lakonan itu.

Rata-rata netizen memberikan komen mengatakan mereka terhibur dengan gelagat Jihan dan Bell Ngasri yang menari gaya Datuk Vida berlatar belakang merah jambu dan ayam serta mee.

Ramai yang memuji lakonan Jihan menjadi seperti Datuk Vida dan menghiburkan hati.
Video yang dikongsikan oleh MeleTOP di Facebook itu telah ditonton lebih 98 ribu kali, 1,000 komen dan mendapat 2,421 perkongsian setakat artikel ini ditulis.

Sementara itu, video rasmi lirik I Am Me kini sudah mendapat lebih 600,000 tontonan di YouTube sejak dimuat naik pada 14 Julai lalu.


ot;1" />
Powered by Blogger.