F Pamer Nota Bunuh Diri, Baju Jonghyun Cetus Kontroversi | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Berita Terkini
recent

Pamer Nota Bunuh Diri, Baju Jonghyun Cetus Kontroversi

Artis K-Pop memang sinonim dengan penampilan mereka yang 'stylish'. Namun kadang kala busana yang digayakan tanpa disedari mengundang kontroversi.

Seperti yang berlaku baru-baru ini, sebilangan peminat yang menyaksikan konsert SMTown 2017 minggu lalu mendakwa, blazer yang dipakai oleh anggota kumpulan Shinee iaitu Jonghyun berbaur mesej negatif.

Tampil segak dengan mengenakan blazer denim stailo, bajut T dan dipadankan dengan jeans, sekali pandang tiada apa yang salah pada gaya penyanyi berusia 27 tahun ini.

Tetapi jika diteliti, pada blazer tersebut tertulis potongan ayat yang dipercayai merupakan petikan daripada nota bunuh diri olehh vokalis Nirvana, Kurt Cobain. Blazer darpada koleksi pakaian berjenama Korea Joe Gush itu dipanggil "Noble Jacket".

..

Sebilangan netizen kecewa dan mendakwa Jonghyun tidak sensitif. Ada ynag berpendapat, walaupun imej dan pakaiannya diurusakan oleh stylish-nya, namun sebagai seorang figura umum, Jonghyun perlu ambil tahun dan lebih peka terhadap pemilihan pakaian yang dipakai.
ot;1" />
Powered by Blogger.