Berita Terkini
recent

Pakar Matematik, Maryam Mirzakhani meninggal dunia

Wanita pertama yang memenangi hadiah berprestij Matematik, Maryam Mirzakhani, 40, meninggal dunia hari ini setelah empat tahun bertarung dengan kanser, lapor BBC.

Mirzakhani yang berasal dari Iran turut dianugerahkan medal 'Field' (Hadiah Nobel dalam kategori Matematik) pada tahun 2014 untuk kerjanya dalam bidang sistem dinamik dan geometri kompleks.

Lebih membanggakan apabila beliau merupakan wanita dan warganegara Iran pertama yang menerima penghormatan tersebut sejak tahun 1936.




Beliau dilahirkan di Tehran dan datang ke AS untuk meyambung pelajarannya di Harvard, di sana dia turut memecah rekod apabila menjadi gadis pertama dalam kumpulan Iran bertanding dalam Olimpiad Matematik Antarabangsa serta memenangi pingat emas pada tahun 1990.

Pada tahun 2008, beliau bekerja di Stanford sebagai Profesor dalam bidang Matematik hinggalah kematiannya.

Selama empat tahun, dia  berperang dengan kanser sebelum menghembuskan nafas terakhirnya apabila sel kanser tersebut merebak hingga ke tulang sum sumnya.

Seorang Saintis, bangsa Iran-Amerika, Firouz Naderi berkongsi salam takziahnya di atas kehilangan permata yang berharga itu.

"Satu permata telah pergi meninggalkan kita hari ini dan ia amat menyedihkan hati saya. Mirzakhani merupakan seorang yang genius, tetapi dia juga adalah seorang anak perempuan, ibu dan isteri," katanya menerusi laman Instagramnya.
Powered by Blogger.