Berita Terkini
recent

Padah bawa OKT jumpa keluarga

Perancangan rapi yang dibuat sepasukan anggota polis memakan diri apabila salah seorang tahanan yang dibawa mereka untuk berjumpa dengan keluarganya berjaya meloloskan diri.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Chuah Ghee Lye berkata, siasatan awal mendapati, lapan anggota polis yang ditahan itu dipercayai menerima sejumlah bayaran dari tiga tahanan terbabit untuk membuat perancangan bagi membolehkan mereka berjumpa dengan keluarga masing-masing.


Menurutnya, dalam kejadian awal pagi kelmarin, tiga tahanan dari Lokap Pusat Bayan Baru itu diiringi dan dibawa empat anggota polis kononnya untuk menerima rawatan di Hospital Balik Pulau kira-kira jam 2 pagi.

"Ketiga-tiga tahanan itu kemudiannya di bawa keluar dari lokap terbabit dan dibawa menggunakan sebuah van namun tidak dibawa ke hospital. Sebaliknya dua daripada tahanan dibawa berjumpa dengan keluarga mereka di sebuah rumah enap di kawasan Sungai Ara manakala tahanan yang berjaya melarikan diri itu berjumpa dengan keluarganya di sebuah kondominium di kawasan sama.

"Selepas berjumpa dengan keluarganya, suspek yang dikenali sebagai Anuar Ayat (berjaya lolos) meminta untuk berjumpa kenalannya di sebuah rumah di Sungai Nibong Besar. Ketika di sana, dia didapati telah melarikan diri dan tindakan suspek itu disedari anggota polis yang menunggunya di dalam kereta setelah lebih sejam tidak muncul. Dua tahanan lagi bagaimanapun tidak melarikan diri," katanya kepada media tadi.

Ghee Lye berkata, setelah panik dengan kejadian itu, keempat-empat anggota polis itu membuat laporan polis pada 9 pagi keesokkan harinya.

"Dalam laporan polis itu, kita mendapati ia adalah palsu dan dakwaan kononnya van yang membawa tahanan mengalami masalah brek juga tidak benar. Susulan daripada itu, kita menahan lapan anggota polis yang disyaki terlibat dalam kes ini.

"Mereka yang berusia lingkungan 27 hingga 59 tahun itu terdiri daripada seorang berpangkat sarjan, tiga koperal dan empat lans koperal. Kita turut menahan seorang orang awam yang merupakan nelayan bagi membantu siasatan. Dipercayai, suspek mempunyai perancangan dengan nelayan berusia 56 tahun tersebut untuk melarikan diri melalui laluan laut," katanya.

Beliau menambah, polis sedang menjalankan siasatan bagi mengetahui motif kesemua tahanan itu berjumpa dengan keluarga masing-masing pada hari kejadian.
Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.