Berita Terkini
recent

"Orang Tidak Tahu Fakta Kes Saya Yang Sebenar - Aidil

Selepas setengah tahun berlalu kes dirinya ditahan pihak polis kerana terlibat dengan kes mengedar dadah jenis ganja, pelakon Aidil Aziz bersyukur kerana kerjayanya masih berjalan lancar dan malah katanya dia banyak mendapat tawaran berlakon.

Menganggap semua yang berlaku ada hikmah, Aidil, 30, berharap masyarakat tidak terus melemparkan persepsi negatif terhadap dirinya.

"Alhamdulillah, saya tidak sangka rezeki makin mencurah-curah apabila sejurus dibebaskan, ada banyak tawaran yang datang.

"Jadi, mungkin itu adalah hikmah kepada segala apa yang terjadi. Cuma, apa yang diharapkan adalah masyarakat di luar sana jangan mudah menjatuhkan hukum kepada saya kerana ada sesetengah yang menganggap saya terlepas hukuman kerana populariti sebagai artis.

"Pada hakikatnya, saya tidak melakukan apa-apa pun sehingga dibebaskan. Orang tidak tahu fakta kes saya yang sebenar," katanya seperti yang dilaporkan Kosmo!

Terdahulu, laporan media menyebut, penghujung tahun lalu Aidil ditahan di sebuah kediaman di Jalan Ampang bersama dua orang temannya. Namun, Aidil bernasib baik apabila dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM4,000 selepas pihak mahkamah meminda pertuduhan yang dihadapinya daripada mengedar kepada memiliki bahan terlarang itu.

"Sekarang, saya sudah kenal mana satu kawan yang betul-betul boleh dianggap sahabat atau sebaliknya. Sebab itu, apa yang saya lakukan adalah mendekatkan diri dengan orang yang positif," katanya.

Perkembangan lain, dia bakal muncul menerusi drama terbaharu berjudul Vila Ghazara yang bakal ditayangkan menerusi slot Samarinda di TV3.

ot;1" />
Powered by Blogger.