F Nia Ramadhani Semakin ‘Hot’ Selepas Bersalin Anak Ketiga | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Berita Terkini
recent

Nia Ramadhani Semakin ‘Hot’ Selepas Bersalin Anak Ketiga

Selepas selamat melahirkan anak ketiga 10 Mei lalu, pelakon terkenal Nia Ramadhani telah mengejutkan ramai menerusi penampilan terbarunya.

Masakan tidak, pelakon yang mencipta nama menerusi sinetron Bawang Putih Bawang Merah ini tampil persis seperti anak dara.

Bahkan penampilan terbarunya itu telah membuatkan ramai wanita mencemburuinya.

Ia berbeza dengan penampilannya selepas melahirkan bayi sulungnya Mikhayla Zalindra Bakrie pada 2 Jun 2012, Nia tidak lagi mempunyai bentuk badan yang kurus dan cantik seperti dahulu.

Kalau difikirkan, memanglah seseorang wanita yang mengandung akan mengalami perubahan bentuk badan ketika proses kehamilan.Jadi, tidak mustahil juga bagi diri Nia.

Menerusi laman Instagram (IG) Nia Ramadhani telah memuat naik fotonya bergaya dalam satu fotografi.


Foto tersebut menampilkannya bersama empat ibu lain bersama anak masing-masing dengan tema ‘The Gorgeous Mom’.

Nia pula cantik bergaya bersama tiga orang anaknya Mikhaila Zalindra Bakrie, Mainaka Zanatti Bakrie dan Magika Zalardi Bakrie.

Namun, bukan itu sahaja yang menjadi perhatian sebaliknya baju yang dipakainya yang terlalu singkat hinggakan netizen menganggap Nia terlupa untuk memakai seluar.
ot;1" />

Powered by Blogger.