Berita Terkini
recent

Netizen Protes Cubaan Tayang Filem Gay di PenangPac

Cubaan sebuah pusat teater Performing Arts Centre of Penang (Penangpac) menayangkan filem bertemakan gay pada 11 Julai (hari ini) mencetuskan kemarahan pelbagai pihak yang meluahkan rasa tidak puas hati menerusi laman sosial.

Memetik laporan Utusan online, pendedahan tayangan itu dilaporkan sebuah portal berita menara.my yang mendakwa, Penangpac akan menayangkan filem berjudul Lost In Paradise itu selama dua jam di Straights Quay Tanjung Tokong, bermula pukul 8 malam.

Menurut portal berkenaan, filem itu mengisahkan percintaan tiga segi antara tiga lelaki dan berlatarbelakangkan sindiket pelacuran kaum sejenis di Ho Chi Minh.

"Filem yang diberi jolokan nama 'filem gay pertama di Vietnam' oleh Agence France-Presse itu pernah menjadi tayangan pembuka di Festival Lesbian dan Gay di Hong Kong pada 2010.

"Sebuah portal berita komuniti gay antarabangsa pernah mendedahkan filem ini banyak memuatkan babak lelaki kacak bertubuh sasa yang mendedahkan tubuh dalam posisi mengghairahkan untuk membangkitkan nafsu para penonton," katanya.

Seorang pembaca, Airul Nizam berkata, dia berasa bimbang masa hadapan generasi akan datang dan meminta rakyat menolak kepimpinan DAP Pulau Pinang yang disifatkannya sebagai sewenang-wenangnya meluluskan tayangan tersebut.

"Selamatkan masa depan anak-anak kita, agama Islam dan kedaulatan Malaysia dengan #tolakDAP," tulisnya.

Difahamkan Penangpac telah menukar tontonan tersebut kepada filem bertajuk West Side Story.

Selain itu, beberapa buah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) merancang mengadakan bantahan aman di Straights Quay Tanjung Tokong malam ini bagi membantah cubaan menayangkan filem itu.

Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.