Berita Terkini
recent

Nelydia Senrose Jawab Isu Daler Yusuf Terpegang Dada

Kesian Daler Yusuf yang dikecam teruk akibat terpegang dada Nelydia Senrose ketika menjalani sebuah pengambaran.

Setelah memohon maaf secara terbuka kepada semua yang tersinggung atau terasa hati dengan video tersebut, Kakigosip segera mendapatkan Nelydia untuk memberi penjelasan terhadap isu ini.


Engan memanjangkan cerita, Nely menganggap perkara ini terjadi secara spontan dan tidak menyalahkan sesiapa.

Malah, dia juga memahami isu ini memang agak sensitif bagi sesetengah pihak kerana tersentuh bahagian tertentu namun bukanlah perkara yang perlu dibesar-besarkan.


“Sebenarnya perkara ini terjadi dalam beberapa saat sahaja. Jujur saya langsung tidak sedar perkara ini terjadi sehinggalahvideo ini menjadi viral,” katanya.
Bila ditanya apakah punca sebenarnya, Nely akui memangsewaktu menunggang motor tersebut fikirannya agak tidakkeruan kerana terlalu fokus dengan perkara-perkara yang lain.
Video Player
00:0000:32

“Waktu kejadian, itulah kali pertama saya menunggangmotosikal, di kepala saya agak bercampur baur, fikirkannyawa pembonceng, camera man di hadapan, keselamatan dirilagi memang buatkan saya langsung tidak sedar apa yang terjadi.

“Saya akui, dalam keadaan yang ‘terlalu’ berjaga-jaga sayaterhilang sedikit kawalan dan berhenti secara mengejut kerana sedar ada bongol di hadapan,” ujarnya pada Kakigosip.

Dia juga menambah, jika benar Daler menyentuhnya pasti dia pasti akan ingat dan rasa, namun sehingga kini dirinya langsungtidak dapat ingat apa yang terjadi sewaktu itu.

“Saya kenal Daler, dia bukanlah seorang yang sukamengambil kesempatan. Dia seorang yang baik, sopan santundan tidak pernah tinggalkan solat ketika di set pengambaran.

“Malah kalau tengok video tersebut sepanjang berada di atasmotor tangannya hanya di belakang sahaja sehinggalah sayabrek secara mengejut. Tetapi saya faham, ada sesetengah yang mungkin tidak faham dengan apa yang terjadi menganggapperkarasebegitu tidak patut dilakukan tapi nak buat macammana, benda terjadi tanpa sengaja,” katanya.

Apabila ditanya bagaimana Daler menghadapi situasi iniselepas menjadi viral, Nely memberitahu Daler adamenghubunginya dan meminta maaf.

“Ya, dia ada hubungi saya tetapi saya tidak ambil pusingtentang pekara ini. Bagi saya hanya salah faham. Saya sendiritidak tahu sama ada ia benar-benar tersentuh atau hanyakerana angle video tersebut. Jadi bukan isu berat pun dankami memang tiada masalah bersama,” jelasnya lagi.

Nely juga berharap agar netizen berhenti menghentam Dalerkerana menganggap ini hanyalah pekara kecil dan ada isuyang lebih penting untuk dibincangkan.

Apa pun benar kata Nely, kadang-kadang tindakan spontanmanusia memang sukar dikawal. Tidak bermakna apa yang terlihat itu sama seperti apa yang kita fikirkan. Harap Daler sabar dan terus kuat untuk terus berada di dalam industri.
Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.