F Neelofa mahu beri inspirasi buat golongan muda | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Berita Terkini
recent

Neelofa mahu beri inspirasi buat golongan muda

SELEBRITI dan ahli perniagaan terkenal, Neelofa baru sahaja melancarkan koleksi terkini Naelofar Scarf, Maya.

Majlis pelancaran jenama di bawah pengurusan NH Prima International Sdn Bhd itu merupakan tudung satin pertama seumpamanya yang dikeluarkan syarikat tersebut.

Neelofa atau nama lengkapnya, Noor Neelofa Mohd Noor, 28, ketika ditemui Media Hiburan memberitahu, dia cukup teruja memperkenalkan rangkaian tudung yang sudah dirancang sejak awal tahun ini lagi.Bekas pemenang Dewi Remaja 2010/11 itu menambah, sesuai musim panas dan sambutan Aidilfitri yang masih hangat diraikan, Maya dilihat sebagai satu koleksi tudung yang mesti dimiliki setiap wanita muslimah.

“Naelofar sendiri tidak pernah mengeluarkan mana-mana tudung bercorak. Jadi saya kira Maya sangat istimewa kerana coraknya daripada kami sendiri yang menampilkan flora tropika digabungkan dengan seni kontemporari.

“Lebih istimewa, Maya turut mempunyai sisi eksklusif tersendiri apabila hanya 1,000 tudung itu bertatahkan Swarovski dan edisinya juga terhad,” kata bintang Suri Hati Mr. Pilot ini usai majlis pelancaran koleksi tersebut di Hotel Royal Chulan, Damansara, baru-baru ini.

Ditanya mengenai pemilihan nama Maya pula, anak jati Kelantan ini menjelaskan, nama itu mempunyai maksud tersirat yang tersendiri.

“Sebelum ni, team Naelofar ada berbincang dan shortlisted beberapa nama untuk koleksi tudung ini. Lalu saya terpanggil untuk berikan nama Maya kerana ada kelembutan. Its sounds feminist, but bold at the same time,” terang Lofa yang bakal memasuki set penggambaran drama terbarunya bersama Alif Satar, Red Velvet.

Jadi heroin Alif Satar

Bercerita lanjut mengenai drama tersebut, Neelofa akui dia menaruh minat  berlakon dengan Alif selepas menonton drama Dia semanis Honey.

Baginya, Alif seorang pelakon muda yang berbakat besar dan lakonannya sangat natural dan dia sebelum ini pernah memberitahu Pengarah Michael Ang mahu berganding dengan Alif.

“Alhamdulillah, impian tersebut menjadi kenyataan dan lebih kurang setahun, saya akan kembali sibuk di set penggambaran bersamanya. Harap semuanya akan berjalan dengan lancar,” jelas Lofa yang tidak mampu memberi bayangan sama ada gandingannya bersama Alif kali ini mampu mengulangi fenomena sama  menerusi Suri Hati Mr.Pilot bersama Fattah Amin sebelum ini.


Neelofa. - Foto oleh Tuan Azman Tuan Muda & Hazmil Japilus
Kata Lofa, dia pun tidak meletakkan harapan atau target untuk Suri Hati Mr.Pilot tetapi, rezekinya memperlihatkan impak drama tersebut menjadi fenomena.

“Begitulah perjalanannya. Apa pun, saya sentiasa berdoa dan harapan saya besar untuk Red Velvet. Lebih-lebih lagi apabila diberi peluang bergandingan dengan aktor yang saya gemari.

“Cuma untuk kembalikan fenomena seperti sebelum ini, saya tiada jawapan untuk itu. Fenomena tersebut luar biasa. Bukan mudah nak kembalikan fenomena tersebut,” luah Lofa jujur.

Media sosial jadi platform

Selain rancak bercerita mengenai kisah seninya, Lofa turut terharu atas ucapan tahniah yang diterima kerana menjadi selebriti Malaysia yang mempunyai paling ramai pengikut di Instagram.

Bagaimanapun, pengacara Meletop ini tidak mahu terlalu bermegah dengan angka tersebut kerana baginya, laman sosial bukanlah medan untuk berlumba-lumba mengumpul peminat siapa paling ramai atau sebaliknya.

“Sebab itulah saya tidak meletakkan sebarang video atau ucapan mengenai perkara tersebut kerana tidak mahu pengikut atau orang luar rasa bahawa jumlah pengikut adalah satu pertandingan.

"Saya nak ia jadi natural. Namun tidak dinafikan, media sosial adalah satu platform yang bagus untuk branding, inspired people dan sebagainya,” kata Lofa yang turut terpilih sebagai antara wakil suara muda dalam siri United Nation Youth Program di New York bulan depan.

Menurutnya, dia terpilih bersama wakil negara lain dari seluruh dunia untuk mengikuti kursus selama 16 hari.

Justeru katanya, kesempatan itu diharap dapat menjadi inspirasi kepada golongan muda lain di Malaysia untuk terlibat di dalam program seumpama ini.
ot;1" />
Powered by Blogger.