Berita Terkini
recent

Neelofa Kecewa Dituduh Rosakkan Mood Percutian Fazura dan Fattah

Pelakon dan pengacara popular Neelofa mengaku kecewa apabila isu percutiannya ke Koh Samui, Thailand baru-baru ini diperbesarkan oleh sesetengah pihak dan turut kesal dituduh sengaja merosakkan 'mood' percutian Fazura dan Fattah Amin.

Memetik laporan BH online, Lofa menegaskan dia sudah lama merancang untuk bercuti, sejak 16 Jun lalu, dan segala urusan penginapan sudah ditempah pada tarikh itu.

Dia juga tidak tahu menahu mengenai rancangan Fazura dan Fattah untuk bercuti di pulau yang sama baru-baru ini.

"Saya sudah lama merancang untuk bercuti, sejak 16 Jun lalu, dan segala urusan penginapan sudah ditempah pada tarikh itu. Saya meneruskan juga percutian kerana sudah lama berhasrat untuk berehat.

"Kalau saya jadi mereka, saya akan terus saja naik pesawat yang sama kerana saya takkan membuat perkara membahayakan mereka. Itu pendapat peribadi saya saja.

"Kami berselisih pada jam 6.30 pagi di lapangan terbang ketika saya hendak mendaftar masuk bagasi dan kali kedua terserempak di bahagian menunggu," katanya.

ot;1" />
Powered by Blogger.