Berita Terkini
recent

Nam Tae Hyun Tawar Habuan Cari Kucing Hilang

DALAM ramai artis Korea, Nam Tae Hyun diketahui merupakan salah seorang yang sangat mencintai kucing.

Bahkan, bekas anggota Winner (II) ini kerap dilihat berkongsi foto mesra bersama kucing kesayangannya di laman sosial.

Namun baru-baru ini Tae Hyun berhadapan satu situasi cemas dan mengejutkan penggemar dengan posting terbarunya.

Menerusi akaunnya @souththth, Tae Hyun mengumumkan bahawa kucingnya hilang!

Sambil memuatnaik poster gambar kucing yang diberi nama Bali itu, Tae Hyun meminta bantuan peminatnya untuk sama-sama mencari 'sahabat' kesayangannya itu.

Tambah ahli band South Club ini lagi, kucing jantan dari ras Russian Blue itu sememangnya takut dengan orang asing.

Lebih mengejutkan, Tae Hyun menawarkan sejumlah wang yang banyak (RM4,167) sebagai habuan kepada mereka yang menemui Bali.

Pastinya, posting Tae Hyun tersebut menerimas komen maklumabalas hangat peminat-peminatnya.
Semoga Bali berjaya ditemui dengan selamat.


Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.