Berita Terkini
recent

Muzik lebih 'kosong'

Monoloque sentiasa dikenali dengan karya ‘deep’ dan hanya dapat dilayan sesetengah pendengar sahaja.

Bagi peminat Monoloque lagu ciptaan komposer dan penyanyi terkenal itu sentiasa dinanti dan mampu memuaskan selera mereka.


Terbaru, Monoloque hadir dengan single Slagi Ada Waktu yang dipetik daripada album keduanya, Jangan Puja Sampai Kecewa.

Nadanya kedengaran tenang dan tidak terlalu sarat apabila Monoloque melampiaskan ekspresi muzik dengan alatan muzik terhad.

Dengan hanya bermodalkan lantunan vokal, gitar akustik, dram dan ‘strings’, Slagi Ada Cinta benar-benar sebati dengan mesej kerohanian dan sejagat yang ingin disampaikan.

Diamati lirik lagu ini, ia berkisar mengenai pencerita yang pernah hanyut dan lalai dalam hutan konkrit.

Perlahan-lahan, si pencerita membawa pendengar melalui liku hidupnya yang mencari jalan pulang menerusi lagu berentak balada ini.

Bagi Monoloque, dia selesa mencuba sesuatu yang baru.

“Konsep sebegini baru buat saya. Muziknya lebih ‘kosong’ dan minimalis berbanding lagu terdahulu.

“Untuk lagu ini, saya ingin ia diterima semua masyarakat di seluruh dunia. Saya tidak mahu seni hanya untuk anak seni tetapi dapat menyentuh hati semua lapisan masyarakat,” katanya.

Slagi Ada Waktu dilancarkan pada 14 Julai lalu dan uniknya, lokasi pelancarannya adalah di kawasan kejiranan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Pudu Ulu, Cheras.
ot;1" />
Powered by Blogger.