Berita Terkini
recent

Mus dah boleh buka mata: Isteri

“SEMALAM Abang Mus ada baik sedikit dan boleh buka mata. Tapi dia masih dalam keadaan separuh sedar lagi,” demikian respon isteri Mus May, Suraya Bahari berhubung perkembangan tahap kesihatan suaminya yang kini masih ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Ampang.

Perkara itu dimaklumkan Suraya di laman Facebook milik penyanyi terbabit, hari ini.

Menurutnya, plasma exchange yang dimasukkan ke dalam darah Mus pun ada perkembangan positif.

“Tapi untuk Mus ditahan di ICU masih lama lagi sehingga keadaannya stabil.

“Doktor juga memaklumkan semangat Mus memang kuat. Saya hendak mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua peminat Mus yang tidak berhenti mendokannya,” katanya.

Jelas Suraya lagi, sekiranya Mus sudah sedar nanti, dia akan memaklumkan kepada suaminya itu bahawa pseminatnya amat menyayanginya.

“Amin...terima kasih semua,” katanya.

Mus atau nama sebenarnya Mustaffa Din, 49, dimasukkan ICU Hospital Kuala Lumpur (HKL), sebelum dipindahkan ke Hospital Ampang pada Isnin selepas mengalami demam panas.

Sebelum ini memetik laporan media tempatan, doktor mengesahkan Mus mengalami antibodi badan yang lemah dan kekurangan enzim dalam darah sehingga menyebabkan dia menjadi terlalu lemah.

Difahamkan, Mus perlu menjalani rawatan plasma exchange bagi meningkatkan sel darah merah dalam badan.

Sebelum itu, penyanyi tersebut diletakkan dalam keadaan koma bagi membolehkannya berehat.
ot;1" />
Powered by Blogger.