Berita Terkini
recent

Mistik di sebalik kilang lama

Don’t Scream atau judul asal, Ascent To Hell hanyalah filem bajet rendah tetapi cuba untuk memastikan ‘menaikkan’ nilai seram melalui penceritaan.

Untuk filem ini, ia bermain dengan kisah sejarah satu kilang lama yang pastinya kisah sebegitu wujud di mana-mana saja.

Tapi melalui garapan pengarah Dena Hysell, dia cuba mengaitkannya dengan penceritaan mistik serta diselit dengan kisah sejarah menarik.

Penceritaannya mudah, Kate Carpenter (Azura Skye) bertemu dengan seorang lelaki yang mahu menunjukkan sebuah bangunan kepada pelabur baru.

Karakternya ditonjolkan sebagai seorang sentiasa teruja dan bersemangat kerana ini pertama kali dia diberi peluang untuk membuktikan keupayaannya di luar pejabat.

Tapi sebaik saja dia tiba ke lokasi, penonton mula disajikan dengan pelbagai karakter menarik.

Antaranya watak Mr Browning (Bill Sage) dan Stan (Slate Holmgren), dua ahli perniagaan yang bersifat menjengkelkan.

Kemudian diperkenalkan pula dengan watak Mary (Taylor Black) yang berfikiran sempit dan enggan menerima perubahan.

Watak Wesley dan Bill (Cayleb Long dan Jonathon Kaplan) pula adalah jenis lelaki yang berjimat cermat tapi bijak mengawal situasi.

Begitu juga beberapa watak lain yang mempunyai sifat dan agenda tersendiri.

Setiap perilaku watak menonjol satu demi satu saat mereka menaiki dari satu tingkat ke tingkat lain dalam bangunan kilang lama itu.

Rumusannya, filem ini melakukan tugas yang baik membawa penonton ‘melawat’ kilang yang menyeramkan dan pada masa sama menyajikan pengalaman menyeramkan melalui watak-watak yang ada.

Pun begitu, kelemahan ketara ialah dari segi suntingan babak dan susunan plot yang kelihatan agak ‘mengarut’.
Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.