Berita Terkini
recent

Minta maaf atau Rita saman!

PELAKON popular Rita Rudaini menggesa blogger yang mengendalikan sebuah portal hiburan membuat permohonan maaf secara terbuka berikutan menyiarkan berita kononnya bekas suami pertamanya, Akbar Sahari sudah rujuk kembali, Ahad lalu.

Rita dalam kenyataan menerusi Instagram hari ini mendesak blogger terbabit membuat permohonan maaf secara terbuka kepadanya dan keluarga dalam masa 24 jam.

Menurut Rita, jika permintaan itu tidak ditunaikan, dia tidak akan teragak-agak untuk memfailkan saman.

€œBukan susah nak cari siapa di sebalik blog ini. Saya tak suka cakap banyak dan tak suka maki hamun orang, tapi saya seorang wanita yang berani,€ tulisnya di Instagram.

Ahad lalu, portal berkenaan menyiarkan artikel dengan judul, €˜Korang Kenal Tak Suami Pertama Rita Rudaini? Iaitu Pengulas Sukan TV3! Dia Kembali! Ternyata! Cinta Pertama Itu Yang Terbaik! Tahniah!€™ serta memaparkan wajah Rita.

Rita pernah mendirikan rumah tangga dengan Akbar pada 1999 sebelum bercerai pada 2001.

Rita kemudian berkahwin dengan pemain bola sepak kebangsaan, Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak pada 2008 dan berpisah pada 2013.

Untuk perkahwinan kedua itu Rita dikurniakan dua anak lelaki.

Akbar yang juga pengulas sukan di Astro Arena dalam kenyataannya menafikan sekeras-kerasnya dakwaan portal hiburan itu.

Akbar berkata, walaupun kenyataan blog itu tidak menjelaskan secara terperinci tajuk artikel itu sangat mengelirukan dan berunsur fitnah.

"Saya sifatkan tindakan ini sebagai tidak bertanggungjawab dan berniat jahat untuk menjatuhkan maruah dan reputasi saya. Artikel itu juga memberi kesan mendalam dan menyebabkan tekanan emosi kepada saya dan keluarga," katanya yang turut laporan di Ibu Pejabat Polis Petaling Jaya, semalam.

Akbar turut memohon artikel berkenaan ditarik balik dalam tempoh 48 jam serta pihak berkenaan membuat permohonan maaf secara terbuka.

Selepas bercerai dengan Rita, Akbar mendirikan rumah tangga dengan Noorsuzilawati Mohd Noor pada 14 Mei 2005 dan dikurniakan tiga cahaya mata.
Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.