Berita Terkini
recent

Minta Bantuan Paderi Carikan Calon Isteri di Australia

Justin Bieber tiada habis-habisnya dikaitkan dengan sejumlah wanita cantik. Mulanya dengan Selena Gomez, Hailey Baldwin, sehinggalah Sofia Richie. Khabar terbaru, penyanyi berusia 23 tahun itu dikatakan sudah sedia untuk berkahwin.

Satu laman gosip, NW, mendakwa, bintang berasal dari Kanada itu sedang mencari seorang wanita untuk menjalani hidup bersamanya. Dalam kunjungannya ke Sydney, Australia bulan lalu, pelantun lagu Sorry ini meminta bantuan temannya di gereja Hillsong, Carl Lentz untuk mencarikan seorang wanita yang sesuai untuknya.

Paderi dari gereja Hillsong itu lantas mengadakan pemilihan seperti ujibakat untuk mencari calon yang berpotensi sebagai isteri Bieber.

"Justin benar-benar mempercayai Carl seperti seorang abang dan yakin dia dapat membantunya menemukan wanita yang sesuai untuknya," ujar seorang sumber kepada NW.

Bieber dikatakan bukan hanya menginginkan seorang wanita bersedia untuk berkahwin, tapi memenuhi kriterianya. Wanita tersebut harus beragama Kristen dan bersedia untuk mempunyai anak.

"Ia sangat menyukai gadis Australia, itu bukan rahsia lagi!" tambah sumber.

Saat kunjungannya ke Australia pada Mac lalu, pelantun Despacito ini sempat menyatakan keinginannya untuk membina rumah tangga.

"Saya serius inginkan seorang kekasih. Saya ingin berkahwin! Bukan sekarang, tetapi seperti secepat mungkin," katanya.
Powered by Blogger.