Berita Terkini
recent

Miley Cyrus Kongsi Foto Ciuman Pertama Bersama Liam Hemsworth

DIKETAHUI Miley Cyrus dan Liam Hemsworth sebelum ini melalui perjalanan cinta yang panjang sehingga membawa kepada pertunangan mereka pada awal 2016 lalu.

Bagaimanapun, keduanya mengambil keputusan untuk putus dan menjalani kehidupan masing-masing selama 2 tahun.

Terbaharu, khabar mengatakan Miley dan Liam akan kembali menyambung cinta disambut gembira peminat-peminat mereka apalagi ada yang mengesahkan mereka akan segera berkahwin.

Malah keduanya makin terbuka menunjukkan cinta mereka pada umum, termasuk melalui akaun media sosial masing-masing.

Seperti baru-baru ini, Pelantun Malibu itu memuat naik foto ciuman pertamanya dengan Liam di laman twitter.

Menerusi foto tersebut, kelihatan kedua-duanya begitu romantis berciuman di pantai biarpun pada ketika itu mereka masih belum bergelar kekasih.

Seperti yang kita tahu, Miley dan Liam pertama kali dipertemukan dalam filem The Last Song.
Filem itu juga punca mereka terjebak dengan cinta lokasi yang akhirnya menjalin hubungan asmara sehingga sekarang.

Katanya, Miley bukan sengaja memuat naik foto yang telah tersimpan hampir lapan tahun lalu, sebaliknya dikatakan ingin meraikan hari ciuman sedunia baru-baru ini.

Hmm, betul ke?


Powered by Blogger.