F Mawar Rashid & Raf Bertunang Majlis Tertutup | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Berita Terkini
recent

Mawar Rashid & Raf Bertunang Majlis Tertutup

Pelakon drama Suamiku Paling Sweet iaitu Mawar Rashid selamat melangsungkan pertunangan dengan Raden Ahmad Faizal Yaakob atau lebih dikenali sebagai Raf Yaakob dalam sebuah majlis tertutup di Roof Garden @ Sime Darby Convention Centre, Bukit Kiara dekat sini Jumaat.

Terdahulu, Raf, 32, yang merupakan adik kepada penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob itu telah menghantar rombongan merisik bersama keluarganya pada 7 Mei lalu.

Majlis pertunangan itu juga diadakan sebagai memperingati tarikh ulang tahun kelahiran arwah bapa Raf, Datuk Yaakob Mohammad selain bersempena jamuan santai Aidilfitri SukaSucre Creatives.
Turut hadir ialah ibu Raf, Datin Umi Kalsom Abd. Latib, isteri Fazley, Datin Azrene Ahmad dan ibu Mawar, Datin Marinee Abdullah.

Mawar yang mula dikenali menerusi pertandingan Dewi Remaja 2014/15 itu kelihatan anggun menyarung persalinan rekaan Cosry pada majlis petang itu.

Majlis tersebut dihadiri sekitar 100 tetamu yang terdiri daripada keluarga terdekat kedua belah pihak.
Sementara itu, majlis pernikahan dan persandingan pasangan itu dijangka akan diadakan pada hujung tahun ini.

Bagaimanapun mereka belum menetapkan tarikh sebenar majlis itu dan akan diputuskan kemudian.
“Cuma tarikh sebenar majlis ini belum diputuskan kerana masing-masing terikat dengan jadual penggambaran yang sedang dalam perbincangan bersama pihak produksi,” kata Raf..

Antara barisan artis SukaSucre Creatives yang hadir pada majlis itu ialah Imran Ajmain, Dr. Ezani Monoto, Imelda Harris, Sazrin Aizul, Amir Gani, Rhys William dan Firwan Johan.


ot;1" />
Powered by Blogger.