Berita Terkini
recent

Maut tercekik kuih koci

Seorang pengurus sebuah syarikat meninggal dunia selepas tercekik kuih koci ketika menikmati juadah itu di sebuah kedai makan di Jalan Nong Chik di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Shahurinain Jais berkata, kejadian berlaku pukul 10.30 pagi ketika mangsa Mohd Samsi Sapan, 56, bersama tiga rakannya sedang makan di kedai makan berkenaan.

"Mangsa telah tercekik semasa makan kuih koci dan tidak dapat bernafas. Mangsa telah dibawa oleh rakannya itu ke klinik berhampiran sebelum dirujuk ke Hospital Sultan Aminah (HSA), di sini.

"Mangsa kemudian telah disahkan meninggal dunia oleh doktor. Pemeriksaan pada mangsa mendapati tiada unsur jenayah atau khianat ditemukan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Shahurinain berkata, kes diklasifikan sebagai kematian mengejut (SDR).

Difahamkan, Mohd Samsi yang juga ahli jawatankuasa Umno Bahagian Mersing datang ke kedai berkenaan selepas menziarahi jenazah bekas Speaker Dewan Undangan Negeri (Dun) Johor Datuk Mohd. Ali Hassan di Taman Nong Chik, di sini.
Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.