Berita Terkini
recent

Maut kerana topi kaledar

Dipercayai kerana hendak melihat topi kaledar pemboncengnya terjatuh, dua lelaki maut selepas motosikal mereka melanggar sisi sebuah treler sebelum digilis dalam kejadian di Jalan Kem, Pelabuhan Klang di sini, pagi tadi.

Difahamkan, dalam kejadian kira-kira jam 9.50 pagi itu, penunggang motosikal jenis Yamaha Y15ZR, Wan Mohd Zaidi Wan Salleh, 37 dan seorang lagi rakannya yang belum diketahui identiti disahkan maut.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisoner Alzafny Ahmad berkata, siasatan awal syaki mangsa dalam perjalanan dari arah Bandar Sultan Suleiman menghala ke Pelabuhan Barat.

Menurutnya, mangsa dikatakan cuba memotong sebuah kereta dan lori. Bagaimanapun, topi keledar pembonceng motosikal terbabit telah tercabut.

“Pemandu yang dimaklumkan oleh pemboncengnya itu telah menoleh ke belakang sebelum melanggar sisi kanan sebuah treler sebelum terbabas,” katanya.

Beliau berkata, insiden itu menyebabkan kedua-dua mangsa digilis dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Katanya, mayat mangsa dibawa kemudian dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk bedah siasat.

“Keterangan pemandu treler berusia 54 tahun itu telah direkodkan bagi membantu siasatan,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.