F Mariah Carey Malu Kad Kredit Kena 'Reject' | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Berita Terkini
recent

Mariah Carey Malu Kad Kredit Kena 'Reject'

Diva Mariah Carey baru-baru ini terpaksa menahan malu kerana masalah kad kredit. Ketika beliau sedang berbelanja barang mewah, kad kredit miliknya ditolak.

Menurut sumber, pelantun hits 'All I Want for Christmas Is You' itu berbelanja di butik Rodeo Drive. Ketika henda membayar salah satu barang berjenama Louis Vuitton, kad kreditnya tidak 'diterima'.

"Mariah mulanya menyangka kad kreditnya ditolak hanyalah secara tidak sengaja. Selepas tiga kali percubaan, ia masih tidak berjaya. Mariah berasa sangat malu," dedah sumber seperti yang dilaporkan Aceshowbiz.

Mahu tidak mahu, Mariah dan pembantunya terus dari butik tersebut dan pergi mengeluarkan wang tunai.

Sekembalinya dia ke kedai itu, penyanyi berusia 47 tahun ini bersikap seolah-olah tidak mahu disalahkan atas insiden itu.

"Dia kembali ke butik dengan seorang pembantu dan pengurusnya, Stella Bulochnikov yang malah menimbulkan kekecohan. Kemudian mereka membeli barang itu dengan wang tunai," tutur sumber itu lagi.

ot;1" />
Powered by Blogger.