Berita Terkini
recent

Marawi ditawan: Singapura tawar pesawat kargo, dron

Kerajaan Singapura menawarkan khidmat pesawat kargo tentera, dron pengawasan dan faksiliti tempur kepada kerajaan Filipina.

Laporan Malaysian Digest mengatakan perkara tersebut dibincangkan dalam pertemuan Menteri Pertahanan Singapura, Ng Eng Hen dengan rakan sejawatan dari Filipina, Delfin Lorenza.

Bantuan tersebut merupakan salah satu usaha menyokong kerajaan Filipina dalam membebaskan bandarnya, Marawi dari cengkaman pengganas Daesh.

Bantuan tersebut menyenaraikan pesawat C-130 untuk membawa bantuan kemanusiaan.

"Walaupun tentera Filipina (AFP) yakin untuk menawan kembali Marawi, lebih banyak usaha perlu diberikan untuk meneutralkan ancaman pengganas di selatan Filipina," kata Eng Hen.

Tambahnya, kestabilan negera-negara ASEAN terancam selagi ancaman pengganas masih wujud.

Pihak yang telah memberi bantuan sebelum ini adalah Moro Islamic Liberation Front (MILF) untuk pemindahan penduduk dan bantuan kemanusiaan, Amerika Syarikat (AS) untuk bantuan teknikal, Australia untuk risikan dan China untuk peralatan tentera.

Bandar Marawi telah ditawan lebih sebulan oleh pengganas, bemula 23 Mei lalu.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.