Berita Terkini
recent

Manoj dikejarkan ke hospital

Khamis lalu, aktor Manoj Bajpayee dikejarkan ke hospital di pinggir Mumbai kerana mengalami sakit kepala berterusan.

Selepas mendapatkan rawatan dan melakukan beberapa ujian, doktor mengesahkan sakit itu berpunca daripada tekanan darah tinggi.

Meskipun masih sakit, aktor itu perlu bergegas terbang ke London untuk menjalani penggambaran filem terbaru berjudul Aiyaary.

Dia dibenarkan keluar hospital selepas berjanji menjaga kesihatannya.

Menurut Manoj, dia tidak mahu menggangggu jadual penggambaran dan menyusahkan kru produksi. Dia sudah ke London, kelmarin.

Selain Manoj, filem itu turut dibintangi Sidharth Malhotra .

“Saya tak suka menyusahkan orang lain. Jika saya masih ditahan di wad, penggambaran terganggu. Saya berjanji menjaga makan dan kesihatan dengan lebih baik.

“Saya turut bawa isteri dan anak ke London. Mereka akan menjaga saya,” katanya yang turut memaklumkan penggambaran turut dilakukan di Mumbai dan Oman.

Filem itu turut dirakamkan di Mumbai dan Oman.
Powered by Blogger.