F 'Mak Cun' Curi Perhatian Media Antarabangsa | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Berita Terkini
recent

'Mak Cun' Curi Perhatian Media Antarabangsa

Baru-baru ini, pelakon dan pengarah terkenal Erma Fatima berpeluang menyertai sebuah pertunjukan fesyen di Torino, Itali menerusi koleksi pakaiannya sendiri iaitu Mak Cun Collection.

Laporan mStar online menyebut, menerusi Instagram Erma turut berkongsi perjalanannya sebelum hari kemuncak Torino Fashion Week 2017 itu apabila dia mendapat perhatian peminat-peminatnya.

Pakaian Muslimah yang mengangkat tema flora dengan gabungan pelbagai warna itu cukup mendapat perhatian sehingga Erma menjadi buruan wartawan untuk menemubualnya.

..

Pengikutnya di Instagram juga melahirkan rasa kagum terhadap pencapaian Erma dan jenama Mak Cun Collection dan mendoakan agar ia mendapat sambutan luar biasa di luar negara.

Malah sebuah portal iaitu New York Transatlantic menyenaraikan koleksi Mak Cun sebagai antara pilihan terbaik.

Portal itu menulis, koleksi Mak Cun menampilkan kemewahan daripada fabrik batik tetapi kelihatan ringkas dan menarik.

"Rekaan dipersembahkan Erma Fatima memfokuskan kepada keaslian dan kemodenan dengan warna-warni daripada fabrik batik yang menampakkan mewah tetapi ringkas," tulis portal itu.
ot;1" />
Powered by Blogger.