F Majlis sambutan raya bertukar majlis tahlil | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Berita Terkini
recent

Majlis sambutan raya bertukar majlis tahlil

Majlis sambutan hari raya di Sekolah Kebangsaan (SK) Permas Kelapa, semalam bertukar hiba apabila bacaan tahlil diadakan buat ahli Pontian Bikers Club (PBC), Hashim Yusof, 49 yang meninggal dunia selepas terlibat dalam kemalangan di Kilometer 0.8 Jalan Kampung Sawah, petang Jumaat lalu.

Timbalan PBC, Yusaini Ismail berkata, Allahyarham merupakan antara salah seorang penggerak majlis sambutan hari raya yang juga menjadi program amal kelab bermotosikal itu membantu pelajar luar bandar.

Katanya, dia tidak menyangka rakan baiknya itu akan pergi meninggalkan mereka kerana Allahyarham begitu bersemangat untuk menyertai program amal itu.

“Allahyarham menjadi orang pertama meletakkan namanya dalam (kumpulan aplikasi) WhatApps senarai ahli yang akan hadir  ke majlis itu, dua minggu lalu.

“Majlis sambutan hari raya yang bermula jam 10.45 pagi itu tetap diteruskan memandangkan persiapan sudah dibuat,” katanya.

Yusaini memberitahu, setelah selesai majlis di SK Permas Kelapa, ahli PBC bergegas ke Masjid Jamek Pekan Nenas untuk turut serta solat jenazah buat Allahyarham dan kemudian ke Tanah Perkuburan Islam Kampung Sawah Pekan Nanas.

Katanya, pemergian Allahyarham sangat dirasai memandangkan sikapnya yang ringan tulang membantu dan gemar melakukan kerja-kerja amal.

“Allahyarham sudah  11 bertahun bersama PBC. Banyak aktiviti dan kerja amal yang dilakukan bersama kami,” katanya.

Jelasnya, kutipan derma bagi membantu keluarga Allahyarham turut dilakukan ahli kelab.


Zurina (kiri) bersama anaknya Hafiz (kanan) menunjukkan bangku kayu yang menjadi kenangan terakhir Allahyarham.


Suami berubah menjadi pendiam

Isteri kepada Allahyarham, Zurina Rahmat, 41, memberitahu suaminya kerap meluahkan perkataan mahu berehat dan tidak banyak bercakap sejak kebekalangan ini.

“Allahyarham juga sering memberikan semangat untuk ketiga-tiga anak kami berjaya dalam pelajaran.

“Saya ingat pesannya supaya sentiasa menyokong dan membimbing anak. Arwah juga sering menghantar pesanan nasihat kepada anak-anak melalui WhatApps,”katanya ketika ditemui dirumahnya di Taman Sri Sentosa Pekan Nanas di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.15 petang itu, mangsa Hashim Yusof maut selepas motorsikal yang ditungganginya terbabit kemalangan dengan sebuah motorsikal.

Kejadian itu menyebabkan mangsa yang merupakan kakitangan kilang Shimano Pekan Nanas meninggal dunia di tempat kejadian.

Mangsa juga merupakan ahli Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Ibu Pejabat Polis Daerah Pontian sejak tahun 2016.

Bangku dan meja kayu jadi kenangan

“Ayah begitu gembira dapat buat bangku dan meja kayunya sendiri,” ujar Muhammad Hafiz, 18, yang kini menuntut di Kolej Kemahiran Tinggi Mara, Sri Gading Batu Pahat.

Anak kedua dari tiga beradik itu memberitahu Allahyarham begitu bersungguh bertukang menyiapkan meja dan bangku selepas membawa pulang kayu palet yang diberikan  salah seorang rakannya.

“Tidak sangka bangku dan meja kayu yang disiapkan ayah sebelum Hari Raya Aidilfitri lalu, merupakan yang kenangan terakhir buat kami sekeluarga,” katanya dengan nada sebak.

Menurut Muhammad Hafiz, pengalaman turut serta dalam beberapa siri konvoi motorsikal bersama ayahnya, menjadi memori terindah yang akan dikenang sepanjang hayatnya.

“Saya agak rapat dengan ayah, jadi kami kerap bersama menyertai konvoi motorsikal.

“Kali terakhir saya menyertai konvoi dengan ayah ke Kampung Parit Tengah Benut pada bulan Ramadan lalu,” katanya.

Dua lagi anak Allahyarham ialah Nurin Qistina Hashim, 19, kini belajar di Kolej Vokasional Azizah Johor Bahru dan Muhammad Harith, 10, di Sekolah Kebangsaan Pengkalan Raja.

Kemalangan ketika pulang dari tempat kerja

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pontian, Suprintendan Zakaria Abdul Rahman berkata, kemalangan melibatkan dua buah kenderaan iaitu sebuah motorsikal dan kereta jenis Hyundai yang dipandu seorang warga emas.

Katanya, kereta yang dipandu dari arah Sri Menanti ke Pekan Nanas sebelum bertembung dengan motorsikal mangsa dari arah bertentangan.

Akibat daripada pelanggaran itu, mangsa meninggal dunia ditempat kejadian dan dihantar ke Hospital Pontian untuk bedah siasat.

“Tangkapan telah dibuat ke atas pemandu kereta terbabit dan telah direman. Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan ( 1987).
ot;1" />
Powered by Blogger.