F Lutut Retak, Bertongkat Jumpa Shah Rukh Khan - Jaa | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Berita Terkini
recent

Lutut Retak, Bertongkat Jumpa Shah Rukh Khan - Jaa

DEMI mahu bertemu bintang ternama iaitu Shah Rukh Khan (SRK), penyampai radio Era FM, Jaa Suzuran sanggup terbang ke Mumbai, India dalam keadaan lutut kaki kanannya retak akibat kemalangan motosikal pada Ahad lalu.

Jaa atau nama sebenarnya Mohammad Faizal Ahmad, 23, berkata dia tidak akan melepaskan peluang untuk menemubual raja Bollywood tersebut kerana ia merupakan impiannya sejak kecil lagi.
"Saya tetap nak teruskan misi untuk bertemu dengan Shah Rukh Khan sebab dari kecil lagi saya memang nak sangat jumpa dengan dia.

"Bila dapat peluang sekali seumur hidup ini memang tak mungkin saya akan lepaskan," kata Jaa .

Kemalangan berlaku apabila motosikal berkuasa tinggi yang ditunggangnya hilang kawalan dan terbabas di Keramat, Kuala Lumpur.

Akibat kemalangan itu, Jaa telah mengalami kecederaan yang teruk di kaki kanannya yang turut mengakibatkan tulang lututnya retak serta jari kelingking cedera.

Dia tidak dibenarkan oleh doktor untuk ke luar negara kerana keadaannya masih belum pulih namun dia tetap akan meneruskan hasrat itu walaupun terpaksa berjumpa SRK dengan keadaan bertongkat dan lutut berbalut.

Dalam pada itu, menurut Jaa pada mulanya dia terkejut apabila terpilih untuk mewakili media Malaysia memandangkan dia tidak fasih berbahasa Inggeris.

Namun, dia berusaha untuk belajar dan bercakap dengan menggunakan perkataan-perkataan yang mudah difahami.

"Saya terkejut dan pelik juga kenapa saya dipilih sedangkan ramai lagi individu yang boleh berbahasa Inggeris dengan sempurna. Kalau nak harapkan saya, memang berterabur la.

"Tapi mereka nak saya jadi diri sendiri. Sebab itu, saya ada juga belajar sikit-sikit bercakap dengan ayat yang mudah. Janji apa yang saya nak sampaikan orang boleh faham.
"Insya-Allah doakan segala urusan saya berjalan dengan lancar," ujarnya

Ditanya apakah soalan yang akan dikemukakannya nanti Jaa berkata, dia ingin tahu macam mana SRK menambat hati wanita.

"Soalan pertama yang saya nak sangat tanya pada Shah Rukh Khan macam mana nak ngorat awek.
"Sebab saya dah lama sangat membujang, mungkin selepas dapat tip daripadanya, saya dapat pikat wanita.

"Tapi bukan itu sahaja, saya juga nak tahu macam mana dia boleh mengalirkan air mata dan menjiwai watak dengan senang," kata Jaa.

Jaa akan ke Mumbai, India pada Khamis malam untuk program sesi temubual khas bersama Datuk Shah Rukh Khan bagi mempromosikan filem terbaharunya bertajuk Jab Harry Met Sejal.

Temubual tersebut akan berlangsung pada 15 Julai ini di Era FM selain akan dijadikan sebagai program #Jaaroadtosrk  yang akan bersiaran menerusi platform digital.

Selain SRK, bintang antarabangsa lain yang pernah ditemubualnya ialah Jackie Chan dan Ed Sheeran.


ot;1" />
Powered by Blogger.