Berita Terkini
recent

Lirik Berunsur Lucah, RTM Gam 'Despacito'

Radio Televisyen Malaysia (RTM) memberhentikan serta-merta siaran lagu hit antarabangsa, Despacito, di semua stesen radio dan saluran televisyen miliknya.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak berkata lagu itu dinilai semula oleh panel penilai RTM susulan aduan awam dan mengambil keputusan untuk menarik balik kelulusan.

"Sehubungan dengan itu, RTM memberhentikan siaran lagu tersebut di semua stesen radio dan TV RTM berkuat kuasa serta-merta " katanya.

Sebelum ini terdapat pihak yang meminta agar penyiaran lagu itu dihentikan kerana liriknya berunsur lucah.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.