Berita Terkini
recent

Lima hari kayuh basikal nak sambut raya dengan ibu

Kisah tiga beradik yang sanggup mengayuh basikal selama lima hari dari rumah nenek mereka dari Indralaya untuk bertemu ibu mereka di Tangerang, benar-benar menyentuh hati pengguna media sosial di Indonesia.

Memetik laporan media tempatan, Okta, 15, dan dua adiknya, Rizal, 13, serta Aslam, 10, dilaporkan terpaksa mengayuh basikal sejauh kira-kira 570 kilometer, kerana tidak  mempunyai wang yang mencukupi untuk pulang ke Tangerang bagi menyambut lebaran bersama ibu mereka.

Mereka memutuskan pulang ke kampung halaman setelah tinggal selama satu bulan lebih di rumah nenek mereka.

Sepanjang perjalanan mereka hanya dibekalkan sebanyak Rp150,00 (RM48.22) dari nenek.

Rentetan tersebar kisah mereka ini, akhirnya pihak ASDP Indonesia, Ferry memutuskan untuk menghantar ketiga-tiga adik beradik ini dari Pelabuhan Merak, Banten hingga sampai rumah mereka di Cileduk, Tangerang.
Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.