Berita Terkini
recent

Lelaki Sado Belasah Pengawal Keselamatan?

Beberapa jam yang lalu sebuah video memaparkan seorang jejaka berbadan sado bersinglet hitam bergaduh dengan pengawal keselamatan telah tersebar luas di media sosial.

Video tersebut menjadi viral apabila melihat jejaka tersebut bertindak kasar dengan pengawal keselamatan hingga menyebabkan pengawal tersebut terjatuh.

7 saat pertama video tersebut, kedengaran mereka sedang bertekak.

Selang beberapa saat sebaik sahaja salah seorang pekerja yang dipercayai bertugas di situ cuba menenangkan keadaan, lelaki berbadan sado tersebut bertindak luar daripada jangkaan dengan menendang pengawal tersebut di bahagian kaki.
Cuba mempertahankan diri pengawal itu terus menerkam lelaki itu dan berlakunya pergelutan sesama mereka.
Risaukan keselamatan, rakan setugasnya juga turut bertindak mempertahankan pengawal tersebut.


Setelah beberapa minit bergelut akhirnya lelaki tersebut kelihatan agak tenang dan pengawal keselamatan tersebut segera mengikat tangannya dengan segulung wayar.
Ini antara video yang sedang hangat diperkatakan…


Lelaki tersebut juga sempat meminta perakam untuk berhenti merakam detik memalukan itu.
Apa yang berlaku sebenarnya tidak diketahui tetapi kami harap semuanya sudah diselesaikan secara baik.
Powered by Blogger.