Berita Terkini
recent

Lelaki Goreng Flowerhorn Mohon Maaf, Beri Penjelasan

Susulan kes viral ikan Flowerhorn Goreng, individu yang telah menggoreng ikan tersebut tampil memohon maaf dan menjelaskan mengapa dia bertindak sedemikian.

“Saya dapat ikan itu daripada kawan, memang saya beli dengan dia. Harganya RM2,845. Saya beli ingatkan nak bela tetapi ikan itu dah nak mati, mungkin lambat masuk akuarium atau apa, kebetulan memang saya tak ada akuarium jadi saya simpan semalaman.

“Esoknya baru saya goreng nak makan, saya agak terkejut dengan respons daripada netizen dari luar negara terutamanya daripada negara jiran,” jelasnya.

Katanya lagi, dia langsung tidak tahu ikan ini tidak boleh dimakan kerana dibelengu dengan isu pembaziran, Firdaus segera menggoreng ikan tersebut.

“Saya pun tidak tahu ikan ini sebenarnya tak boleh dimakan, cumanya sebabkan tak nak rasa membazir, lagi pula saya sudah keluarkan duit sejumlah itu jadi saya simpan ikan itu satu malam dan esoknya baru saya goreng,” katanya.

Sungguh pun tidak menyangka isu ‘makan ikan’ ini akan menjadi perbualan hangat oleh netizen, Firdaus memohon maaf sekirannya tindakkannya itu telah menyinggung mana-mana pihak terutamanya pencinta ikan Flower Horn.

“Saya dengan ini ingin meminta maaf pada netizen di luar sana yang menganggap benda ini sesuatu yang sensitif.

“Mungkin perbuatan saya makan ikan ini menganggu sensitiviti kepada penggemar atau pembela ikan ini, jadi sekiranya ia meleluasa saya akan padam post itu dan meminta maaf pada semua orang yang terutamanya pada pencinta ikan Flower Horn itu sendiri,” katanya dengan tenang.
Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.