F Lee Hyori Jawab Isu Ciplak Lagu Britney | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Berita Terkini
recent

Lee Hyori Jawab Isu Ciplak Lagu Britney

Menyepi selama 4 tahun sejak mendirikan rumah tangga, penyanyi seksi Lee Hyori akhirnya membuat kemunculan semula bersama album baru.

Selain itu, bintang berusia 38 tahun ini turut melancarkan muzik video terbaharu bertajuk Black.

Namun sebelum rasmi comeback, bekas anggota kumpulan Fin.KL itu sempat mengula mengenai skandal plagiat yang pernah melanda dirinya.

Seperti yang diketahui, beberapa tahun lalu, Lee Hyori terpalit dengan kontroversi didakwa memplagiat single "Do Something" Britney Spears untuk lagunya "Get Ya".

Baru-baru ini menerusi siaran V App, Lee Hyori dengan tegas menyangkal dakwaan tersebut. Pun begitu, kontroversi menjadikan dia semakin berhati-hati.

"Sangat menyedihkan kerena lagu itu dituduh plagiat. Waktu itu, saya sangat terkecewa kerana saya sudah melakukan yang terbaik setelah (lagu) 'Ten Minute'.

"Itu juga kesempatan bagi saya untuk menyadari bahwa semua hal tidak semestinya berjalan seperti yang saya inginkan, dan saya menganggapnya terlalu mudah. Aku sedar, saya harus lebih berhati-hati," katanya.

Sementara itu, comeback kali ini disifatkan istimewa oleh Lee Hyori kerana semua lagu di album barunya digarap sendiri termasuk menulis lirik dan susunan melodi.
ot;1" />
Powered by Blogger.