Berita Terkini
recent

Lebar sayap ke luar negara

KELIBAT aktor ini dalam industri seni tidak perlu diperkenalkan lagi.

Biarpun tidak memiliki berjuta pengikut di laman sosial, namun Nasrul Suhaimin Saifuddin atau lebih dikenali dengan nama Bront Palarae sudah berada pada levelnya tersendiri.

Bakat besarnya menarik perhatian pengarah filem luar negara menyunting aktor berusia 39 tahun ini membintangi filem mereka.

Selepas diterima baik di Indonesia, Bront juga sudah menyelesaikan penggambaran filem berbahasa Tagalog dari Filipina berjudul Daddy's Home.

Bagi anak kacukan Melayu-Siam ini, biarpun jauh berkelana, dia tidak pernah lupa asal usul, apatah lagi industri yang mula melonjakkan namanya.

"Bukan tak sudi terima tawaran produksi di Malaysia, cuma buat masa ni belum ada tawaran yang benar-benar menarik," ujarnya.

Bront juga merendah diri mengakui tidak lupa diri menerima tawaran dari luar tetapi sukar ditolak kerana mengibaratkan pengalaman itu sebahagian proses pembelajarannya dalam lakonan.

" katanya ketika ditemui pada sesi fotografi poster filem lakonannya, Kau Takdirku.

Bront berkata, penglibatannya dengan filem-filem dari Indonesia dan Filipina bermula tanpa sengaja sejak tahun lalu walaupun tidak pernah meletakkan target untuk menyertai produksi luar.

"Sasaran saya terus kekal dalam industri, tapi dalam masa yang sama keluar mencuba nasib. Alhamdulillah selepas membintangi filem My Stupid Boss, saya dapat pula tawaran berlakon filem Headshot (Indonesia) dan kemudiannya berlakon dalam drama bersiri Halfworlds arahan sutradara terkenal Indonesia, Joko Anwar," katanya yang baru selesai menjalani penggambaran filem Pengabdi Setan (Indonesia) yang juga sebuah filem remake.

Bront ketika ditemui pada sesi fotografi poster Kau Takdirku turut berkongsi penglibatannya dalam filem Daddy's Home.

Katanya, semua itu bermula selepas perjumpaan dengan penerbit dan pengarah Bradley Liew di Festival Filem Tokyo, Jepun pada 2014 dan tawaran berkenaan sukar ditolak.

Bercerita mengenai dua filem terbaru lakonannya itu, Bront berkata, dia membawa watak bapa untuk filem Pengabdi Setan dan Daddy's Home.

"Selepas menjadi bapa dalam filem Jwanita, saya rasa tidak mahu lagi membawakan karakter bapa. Apatah lagi watak saya dalam filem Pengabdi Setan tidak jauh beza dengan filem Jwanita.

Katanya, filem Daddy's Home, sebuah filem psikolgi thriller, mengisahkan seorang lelaki yang hilang di laut dan selepas sekian lama, kembali ke pangkuan keluarganya sebagai seorang yang berbeza.

"Mungkin kerana status saya sebagai seorang bapa menyebabkan saya rasa dekat dengan karakter ini," selorohnya sambil ketawa

Tambah Bront, sepanjang terbabit dengan filem luar, dia perlu bercakap mengikut bahasa negara tersebut dan ia secara tidak langsung memberi pengalaman baru untuknya.

"Untuk hafal dialog tidak sukar, walaupun saya tak pernah berbahasa Tagalog contohnya, tapi saya tidak jadikan ia sebagai cabaran sebaliknya ambil inisiatif faham dan pelajari lenggok sebutan yang betul," katanya.

Penantian berakhir

Berkongsi perkembangan lainnya Bront berkata, dia berdebar dan teruja menanti filem lakonannya, Kau Takdirku ditayangkan di pawagam.

Filem arahan Jason Chong yang turut dibintangi Remy Ishak, Ezzaty Abdullah, Aisya Hasna, Megan Tan akan menemui penonton di pawagam 7 September depan.

"Filem ini mengambil masa yang agak lama untuk ditayangkan, tapi sebagai pemain filem, kami hanya menanti.

Kata Bront, walaupun sudah lama menjalani penggambaran, namun ia masih relevan untuk ditayangkan.

"Dek filem ini, saya perlu belajar untuk berenang kerana saya agak trauma dengan air. Selain itu saya perlu naikkan sedikit berat dan gelapkan kulit serta bela rambut panjang.

"Ia sebuah filem yang menarik untuk ditonton dan anda harus menonton filem ini di pawagam," katanya yang memegang watak beach boy.
Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.