Berita Terkini
recent

Lari Selepas Dapat Barang Tajaan?

Pasangan sensasi Korea, Eric Mun dan Na Hye Mi kini pastinya sedang menikmati momen manis berdua selepas selamat bergelar suami isteri pada 1 Julai lalu.

Belum pun genap dua minggu usia perkahwinan mereka, Eric dan Hye Mi menjadi bualan hangat netizen sekaligus mencetus kontroversi ekoran mereka dikatakan telah menimbulkan kemarahan pihak media.

Khabarnya Eric dan Hye Mi telah menerima banyak hadiah tajaan daripada pelbagai pihak berbagai.

Sebagai tanda menghargai, anggota kumpulan Shinhwa ini dan isterinya berjanji memakai busana dan aksesoris penaja dan menyatakan akan membenarkan pihak media di Incheon membuat liputan dan merakamkan gambar mereka menggayakan barang tajaan tersebut.

Para pengamal media pun bersiap sedia berkumpul di bandara Incheon namun apa yang mengecewakan kerana pasangan ini tidak muncul seperti mana pada masa yang telah dijadualkan.

Hal ini sekaligus mengundang kemarahan netizen yang menganggap pasangan ini melanggar janji.

"Woah, mereka membuat media mengamuk selepas menerima barang sponsor dan 'lari'," komen netizen.

"Benar-benar tak tahu malu. Baru kahwin sudah jadi pasangan yang dibenci orang," tambah yang lain.

"Sepatutnnya mereka menepati janjinya. Jangan menerima barang tajaan kalau tak mahu gambar dirakam," komen seorang lagi.
Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.