Berita Terkini
recent

Lari imej loving guy

SEJAK kemunculannya dalam bidang seni tiga tahun lalu, aktor dari Singapura, Hisyam Hamid sering diberikan watak utama.

Majoriti wataknya menggambarkan dia sebagai lelaki yang loving, sweet dan charming, sesuai wajahnya.

Namun jauh di sudut hati empunya badan, dia sebenarnya mengimpikan karakter yang lebih gelap serta lari daripada imejnya kini.

"Tanyalah mana-mana pelakon, mereka mesti nak jadi pelakon versatil dan tak terikat satu karakter saja. Saya pun begitu. Kalau diberi peluang, saya nak watak antagonis, yang dark, sekali gus menutup imej yang biasa di bawa oleh Hisyam Hamid," katanya kepada Media Hiburan.

Sebagai permulaan kata Hisyam, dia akan muncul dengan drama lapan episod berjudul DO[S]A, iaitu projek kerjasama antara Astro dan sebuah produksi dari Indonesia.

Kata Hisyam, melalui drama ini dia akan melakukan babak aksi dan latihan pertarungan sudah dibuat sejak Ramadan lalu.

Tambahnya, penggambaran drama ini dijangka bermula hujung bulan ini yang memerlukan dia berada selama 50 hari di Indonesia.

Dalam perkembangan lain, Hisyam berkata, filem pertama lakonannya, Kau Yang Satu akan berada di pawagam pada 27 Julai ini.

Mengimbau pengalaman berlakon dalam filem arahan Osman Ali ini, Hisyam berkata, dia berpeluang mengutip pengalaman baru, di samping berjaya melunaskan impiannya bekerja bersama Aaron Aziz.



"Alhamdulillah, selepas dua tahun menanti, filem ini akan ditayangkan.

"Dalam filem ini, saya memegang watak Zulkifli, rakan Salina sejak kecil. Zulkifli dan Salina lakonan Izara Aishah menyimpan perasaan tapi takut meluahkan.

Cerita Hisyam, ketika ditawarkan membintangi filem ini, dia masih sibuk dengan Memori Cinta Suraya tetapi mengenangkan peluang itu tidak datang bergolek dan pelakon lain juga hebat, maka dia tidak berfikir panjang untuk menerimanya.

"Apatah lagi saya tidak pernah bekerjasama dengan Aaron dan Izara. Selain itu, abang Osman juga banyak mengajar mengenai movement bila berlakon filem.

"Cabaran saya hanyalah untuk melakonkan babak air mata kerana ada ketikanya sampai kering air mata kerana perlu menangis di tepi pantai. Alhamdulillah walaupun sukar, saya dapat juga lakukan," katanya.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.