Berita Terkini
recent

Lagu PSY Curi Tumpuan Lagi

Selepas berjaya meraih populariti yang luar biasa melalui lagu Gangnam Style, penyanyi terkenal Korea Selatan, Park Jae-sang atau dikenali Psy telah mengeluarkan album yang terbaru 8th 4X2, ini merupakan album kelapan PSY.

Penyanyi asal Korea Selatan itu telah mengeluarkan dua lagu baru berjudul I Luv It dan New Face melalui albumnya.


Hebatnya, walaupun baru dikeluarkan, dua lagu tersebut sudah melonjak bak roket di Youtube. Lagu I Luv It sudah ditonton sebanyak 49 juta lebih, manakala lagu New Face ditonton lebih dari 56 juta kali.
Seperti lagu-lagu sebelumnya, unsur rancak tetap dimasukan PSY dalam lagunya. Selain itu, genre pop Korea Selatan yang penuh warna sangat sinonim dengan lagu I Luv It dan New Face. Kedua lagu ini masih menampilkan tarian unik dan nada catchy seperti Gangnam Style.

Kesemua artis yang tampil di video klipnya merupakan nama besar dan PSY akan selalu menampilkan artis yang berbeza di setiap video klip. Kehadiran penyanyi cantik, Naeun ‘A Pink’ korea turut menarik perhatian netizen melihat video klipnya.


Namun, tidak hanya Naeun , video klip PSY juga menghadirkan pelakon . Lee Byung Hun yang merupakan pelakon Korea terkenal yang telah terlibat dalam beberapa movie action Hollywood, seperti menjadi ninja Storm Shadow dalam movie G.I.Joe dan sequelnya, atau robot T-1000 dalam movie Terminator Genisys.

Dalam video klip I Luv It, PSY juga menampilkan pelantun lagu Pen Pineapple Apple Pen (PPAP) Lee Byung Hun atau lebih dikenali Piko Taro yang pernah tular di media sosial. Piko Taro muncul dengan pakaiannya yang bercorak menjadi identitinya.
Powered by Blogger.