Berita Terkini
recent

Lagu I Am Me: Tular hingga jadi parodi

SELEPAS lagu I Am Me dilancarkan beberapa hari lalu, ia terus mendapat sambutan hingga banyak parodi terhasil.

Pelbagai aksi ditunjukkan dalam video berkenaan. Daripada wanita, lelaki termasuk kanak-kanak juga antara yang menyerikan parodi lagu ini.

Menerusi #iammedsvparady sudah terdapat 48 video yang dikongsi netizen berkaitan lagu yang semakin menjadi tular itu.

 
Video berdurasi satu minit itu dihantar oleh pelajar universiti, ibu dan anak, sahabat hinggakan kepada kanak-kanak.

Dengan pelbagai konsep, banyak reaksi yang diterima.

Video yang dimuat naik oleh mahasiswa dari UiTM Melaka, aimxn_kdr mendapat lebih 2,000 komen.

“Hilang stress,” tulis biellolitaa di ruangan komen.

       
Video parodi daripada mdhelmx yang menggandingkannya bersama pelakon Puteri Aishah turut mendapat sambutan.

Rata-rata komen yang diterima kelakar dan mencuit hati.
Powered by Blogger.