Berita Terkini
recent

Lagu Aiman Tino, Permata Cinta Versi Korea

Penyanyi Aiman Tino mula menjadi tumpuan ramai apabila popular dengan lagu Ku Rela Dibenci. Selepas itu muncul pula lagu Permata Cinta.

Tidak disangka lagu ini juga menjadi siulan peminat dan terkini lagu ini telah dinyanyikan semula dalam versi Korea.

Penyanyi yang berasal dari Korea Selatan, Kim Dong Gyun telah menyanyikan semula lagu Permata Cinta ini dengan bahasa Korea.

Video berdurasi 3 minit 27 saat ini telah dimuatnaik di Youtube dan mendapat lebih daripada 200,000 ribu tontonan sejak dimuatnaik pada 9 Februari lalu.

Menerusi ruang komen pula ada yang meminta agar lagu ini dijadikan sebagai lagu OST untuk drama Korea dan ada juga yang meminta penyanyi Korea ini menyanyikan semula lagu Sejati daripada Faizal Tahir, lagu Lelaki Teragung daripada Dayang Nurfaizah dan banyak lagi.

Amirul Aiman: good job and nice voice kim dong gyun…try la cover lagu by dayang nurfaizah lelaki teragung…

Aj Ray: KIM DONG GYUN 김동균 ZIGMA i can’t wait to see your sejati cover by faizal tahir soon. gonna loooove it

Namun ada juga yang meberikan komen kurang enak apabila Kim Dong Gyun menyanyikan lagu ini dalam bahasa Melayu di dalam video tersebut. Dikatakan ia kedengaran agak sedikit pelik.

Terdahulu, penyanyi Korea ini juga pernah menyanyikan semula lagu Sayang daripada Faizal Tahir, Sudah Ku Tahu daripada Projektor Band dan banyak lagi.

Mari kita saksikan video lagu Permata Cinta versi Korea daripada Kim Dong Gyun.




Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.