Berita Terkini
recent

Lagenda musik Jazz puji Yuna

GADIS kelahiran Alor Setar, Kedah yang mencipta nama di Amerika Syarika (AS) ini dianggap antara 'visionaries' dalam arena Jazz.

Yunalis Zarai yang lebih dikenali sebagai Yuna dipuji lagenda Jazz AS, Quincy Jones.

Jones, 84 meluahkan perkara tersebut melalui laman Instagramnya, tiga hari lalu.

"Sepanjang karier saya, saya mencari dan menghormati mereka yang dianggap guru dan mereka yang berpandangan jauh ke hadapan. Yuna merangkumi kesemuanya," kata Jones.

Jones bertemu Yuna ketika pelancaran produk beliau, JBL E55BT Quincy Edition dan selesa berbual dengan Yuna.

"Beliau menghormati musiknya dan saya sangat sukakan caranya.

"Teruskan berusaha!" akhiri Quincy.
Powered by Blogger.