Berita Terkini
recent

Lady Gaga jadi inspirasi Michelle Phan

WANITA dan kecantikan memang tidak dapat dipisahkan. Jadi tidak hairanlah jika apa sahaja yang berkaitan dengan solekan akan mendapat perhatian.

Itulah yang cuba disampaikan personaliti YouTube, Michelle Phan, 30, yang menganggap kecantikan adalah sesuatu yang lumrah.

Atas faktor itulah, bintang media sosial yang dilahirkan pada April 1987 ini berminat melakukan tutorial solekan, penampilan juga kecantikan di jaluran media sosial sehingga menjadi tular dalam kalangan pelayar internet.

Lebih membanggakan, videonya tidak hanya ditonton pencinta kecantikan semata-mata, tetapi Phan pada masa sama turut menjana pendapatan menerusinya.

“Sebagai wanita, sudah tentunya saya rasa begitu dekat dengan item solekan. Apa saja yang berkaitan dengan cantik, saya suka.

“Jadi rasanya perasaan sama pastinya ada pada setiap wanita. Sebab itulah, saya menjadikan solekan sebagai latar utama dalam penghasilan video,” katanya seperti yang dipetik menerusi satu temu bual.

Berkongsi perjalanan video hasilannya, Phan yang kini mempunyai lebih lapan juta pengikut dengan lebih bilion tontonan menambah, dia mulai berjinak-jinak di platform YouTube lebih 10 tahun lalu.

“Ketika itu, pengaruh media sosial tersebar ialah MySpace. Bagaimanapun, YouTube masih lagi baru. Sebagai pelajar, sudah tentunya saya mahu explore benda baru dan dari situlah, saya mulai muat naik video pertama.

“Namun ia bukanlah berkenaan dengan kecantikan. Lalu, pada satu peringkat saya cuba untuk menjadi jalan untuk menjual barangan solekan dan terfikir, mengapa tidak untuk saya lakukan video tutorial.

Phan sendiri tidak menyangka video amaturnya pada ketika itu mendapat perhatian dan dalam seminggu, ia ditonton lebih 4,000 tontonan selain menerima komen positif sehingga menambah minatnya untuk meneruskan video berkaitan.

Perniagaan produk kecantikan

Ditanya mengenai apakah situasi yang mengaitkannya dengan Lady Gaga, bintang yang berasal dari Boston, Amerika Syarikat ini memberitahu, dia ada memuat naik tutorial solekan mata iras penyanyi pop tersebut.

“Saya lakukan tutorial tersebut lalu BuzzFeed  memaparkan tutorial berkenaan. Ia serta merta menjadi viral sehingga membawa saya ke tahap ini. Saya cukup berterima kasih untuk itu,” terang Phan yang kini turut berkecimpung di dalam perniagaan berasaskan kecantikan.

Menyifatkan perjalanannya sebagai personaliti YouTube dan ahli perniagaan adalah satu proses pembelajaran, Phan turut memberi pesan kepada mereka yang berminat menghasilkan video.

“Bagi saya, dalam apa sahaja yang kamu lakukan, kamu perlu tahu objektif. Kalau buat suka-suka hati saja, ia sama seperti bina rumah pasir yang akan ‘hilang’. Kalau gagal tidak mengapa kerana bila gagal, dari situlah kita akan belajar.

“Saya percaya semua orang punyai bakat tersendiri,” akhiri Phan.
ot;1" />
Powered by Blogger.